KUALA LUMPUR: Anakanda Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Mukriz ibni al-Marhum Tuanku Munawir, Tunku Alif Hussein Saifuddin Al-Amin mangkat jam 11.55 pagi ini.
Kenyataan daripada Setiausaha Kerajaan negeri menyebut Almarhum menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, di sini.
"Jenazah Almarhum akan dibawa ke Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah untuk urusan pemakaman pada hari ini yang akan diadakan secara tertutup untuk kehadiran kerabat terdekat sahaja. Alfatihah," menurut kenyataan itu.-BH
0 ulasan:
Catat Ulasan