Ngeri : Lelaki parah dibaham buaya ketika memancing di Loji Air Jeragan Bistari Sabah (5Gambar)

Seorang lelaki mengalami detik ngeri apabila diserang seekor buaya ketika memancing, laporan awal kes ini berlaku di Loji Air Jeragan Bistari Sabah.

Laporan kejadian, pekerja digigit buaya.


Nama mangsa:sulle bin buriah

Pekerja:fgvpm sahabat 39

Lokasi kejadian:berhampiran loji air jeragan bistari sabah.

Masa kejadian:jam lebih kurang 5.30 ptg.

Kecederaan:tangan kanan cedera sehingga nampak tulang, paha sebelah kiri ade kesan gigitan sehingga tembus kesebelah.

Maklumat yg diterimah, mangsa memancing ditepi sungai berhampiran loji air jeragan bistari. Tiba2 seekor buaya dtg trus membaham tangan sebelah kanan mangsa, menyebakan mangsa terjatuh ke sungai. Credik IRDK CREW EDITION


Berita penuh di Akhbar Tempatan : 


Lahad Datu: Seorang pekerja ladang kelapa sawit parah diserang buaya ketika memancing di takungan air berhampiran Loji Jeragan Bistari di FELDA Sahabat 39, dekat sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira 5.30 petang itu, Sulle Buriah, 37, hampir putus tangan kanan selain cedera dengan kesan gigitan di peha selepas bergelut dengan reptilia sepanjang dua meter.

Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Lahad Datu untuk mendapatkan rawatan lanjut oleh pekerja lain yang menyedari kejadian itu.

Difahamkan, mangsa sedang memancing bersama anak lelakinya berusia lapan tahun sebelum diserang haiwan berkenaan sehingga terhumban ke dalam air.

Sementara itu Pengurus Ladang FELDA Sahabat 39 Shahalin Barahim berkata, beberapa penduduk yang menyedari kejadian itu membantu mangsa yang sedang bergelut dengan buaya berkenaan.

"Mangsa sudah dihantar ke hospital untuk rawatan dan keadaannya dilaporkan stabil," katanya ketika dihubungi.

Menurut Shahalin, kolam takungan air itu memang dihuni buaya, namun kes serangan reptilia itu adalah yang pertama dialami penduduk.-HM


Share on Google Plus

About Kraiboys

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan