Apa kena pula hari ini?? Apabila dunia laman sosial masyarakat Malaysia dikejutkan dengan budaya selfie ketika menyusukan anak dan buat gaya manja pula tu. Itulah kisah seorang wanita yang memuatnaik gambarnya sedang menyusukan anak di laman sosial Facebook.
Memang lah wanita itu tidak mendedahkan aurat dan memakai hijab (tudung) tetapi gayanya memandang kamera dengan agak manja boleh mengundang fitnah bahawa si ibu kurang mendapat kasih sayang dari lelaki.
Bagi Pencetus Ummah (PU) Rahmat Ikhsan yang dipetik Astro Awani, hukum memuatnaik gambar sebegitu rupa adalah haram.
“Astaghfirullah, hukumnya haram dan kena cepat-cepat delete.
“Apa sahaja penampilan perempuan boleh menarik perhatian ajnabi walaupun tutup aurat ialah haram,” katanya.
Ikutilah penjelasannya yang panjang lebar di bawah ini.
Berbalik kepada isu wanita bertudung yang galak berkongsi gambar menyusukan anak ini, apakah sebenarnya yang dinginkan oleh beliau. Kalau kata hendak sebarkan kebaikan menyusukan sendiri anak, tak ada pun nampak mesej yang berbunyi sebegitu.
Apa yang penulis nampak ialah, harapan wanita itu untuk mewujudkan satu ‘trend’ baru dalam laman sosial dengan niat ia akan menjadi ikutan di kalangan wanita lain yang menyusukan anak. Mungkin ini satu keadaan baru, yang mungkin boleh digelar #selfiemenyusuroxia secara berseloroh.
Difahamkan Facebook wanita itu sudah pun ditutup dan dibuka pula Page yang kononnya seperti wanita berkenaan yang mengendalikannya tapi penulis yakin ia hanyalah akaun palsu sahaja.
Baru dua sahaja gambar menyusu dimuatnaik, terus dikecam oleh pengguna laman sosial, antara satu bukti baik bahawa rakyat Malaysia masih lagi memelihara adat budaya yang suci dan murni.
Yang penulis pening, apa yang difikirkan sampai buat keputusan nak muat naik gambar macam tu, kreatifnya wanita itu.
– PRU14.tv
0 ulasan:
Catat Ulasan