Sayu : Ya Allah semoga anak ku di jumpai walaupun hanya jasad .. kini sudah 5 hari dia hilang -Ibu

KUCHING : JPAM terus berusaha mencari mangsa Jururawat Wazieyana Mohd. Yusof dengan kaedah pencarian dari udara, permukaan air dan di tepi pantai yang berbatu di Pantai Pasir Panjang.

Hari ini 11 anggota dari JPAM di ketuai Ketua OPerasi SM (PA) Mahri bin Sidi menggunakan 2 buah bot dan drone yang dikendali oleh Pbt (PA) Wisnton Lim membuat searching.


Turut terlibat dalam Operasi SAR ialah pihak Bomba dan Penyelamat, Polis dan APMM.


Mangsa Nurul Wazieyana MOhd. Yusof, seorang jururawat di Hospital Umum Sarawak yang berasal dari Tangkak, Johor, dikatakan berjalan di tepi pantai sebelum mangsa hilang di bawa ombak yang kuat.kejadian di laporkan berlaku pada pukul 6.45 petang Sabtu lalu.

Keluarga mangsa mengharapkan anak nya ditemui dalam apa jua keadaan sekali pun dan menghargai segala urusan pihak berkuasa tanpa jemu.

Kehilangan seorang jururawat wanita yang dikhuatiri lemas di Pantai Pasir Pandak di sini, Sabtu lalu terus menjadi misteri apabila pakaian dalam dipercayai milik mangsa ditemui berdekatan pantai, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi, pasukan penyelamat menemui pakaian dalam wanita di lokasi sama dengan penemuan pakaian dan tudung dipakai mangsa, Nurul Wazieyana Mohd Yusof, 23 sewaktu hari kejadian.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching Superintendan Earnest John berkata, pemeriksaan terhadap pakaian ditemui kelmarin dan semalam mendapati ada kesan seakan-akan gigitan buaya.

Bagaimanapun, menurutnya, pengesahan lanjut mengenai kesan gigitan pada pakaian itu masih diperlukan.

“Sejurus kejadian pada Sabtu lalu, rakan mangsa membuat laporan di Balai Polis Santubong mengenai kehilangan mangsa. Dalam keterangan rakan mangsa, dia tidak pasti sama ada mangsa ditarik ombak atau buaya kerana keadaan ketika itu Maghrib dan gelap.
Share on Google Plus

About Kraiboys

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan