Sayu :Meraung minta tolong sebelum lenyap terbakar .. 4 maut di Kota Tinggi 7 pagi tadi (6Gambar)

KOTA TINGGI : Empat maut selepas terlibat kemalangan membabitkan dua buah kenderaan jenis Land Rover dan juga Toyota Corrola di Jambatan Sungai Dohol Jalan Mersing kira-kira jam 7 pagi tadi.

Kemalangan yang membabitkan kebakaran itu turut melibatkan bantuan seramai lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Tinggi yang diketuai Komander Operasi, Ramlan Mahat‎.





‎Difahamkan, kemalangan dipercayai berlaku apabila salah sebuah kereta berkenaan yang dalam perjalanan ke Mersing telah melanggar papan tanda jambatan Sungai Dohol dan terbabas ke arah bertentangan sebelum bertembung dengan kereta yang dalam perjalanan ke Kota Tinggi.

Mangsa, seorang wanita Melayu yang menaiki kereta mati dalam kenderaan yang terbakar itu.

Manakala kereta Land Rover yang dinaiki sebuah keluarga dari Singapura itu turut mengalami nasib sama.

Seorang lagi kanak-kanak ‎yang menaiki kereta bersama keluarga dari singapura itu berjaya diselamatkan dan dibawa ke Hospital Kota Tinggi (HKT) oleh orang awam.
Share on Google Plus

About Kraiboys

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

1 ulasan: