Sayu : Hari ke 7 Jururawat hilang masih gagal ditemui..mungkin mangsa dibaham buaya - SAR

KUCHING : Seorang jururawat, Nurul Wazieyana Mohd. Yusof, 23, yang dilaporkan hilang di Pantai Pasir Pandak, Santubong di sini sejak Sabtu lalu masih gagal ditemui selepas operasi mencari dan menyelamat (SAR) memasuki hari ketujuh hari ini.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, operasi mengesan jururawat berasal dari Tangkak, Johor dan bertugas di Hospital Umum Sarawak (HUS) itu pada hari ini bermula pada pukul 11 pagi melibatkan lapan anggota bomba, 11 anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan lapan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).




Katanya, tumpuan pencarian pada hari ini dibuat di sepanjang muara berhampiran pantai itu yang berkeluasan sekitar 2 kilometer.
"Kaedah pencarian yang digunakan adalah dengan membuat penanda tempat semasa air surut. Keadaan air laut yang cetek membolehkan kami membuat pencarian dengan berjalan kaki," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Selasa lalu, pasukan SAR menemui pakaian dan tudung yang dipakai mangsa dengan kesan koyakan berhampiran pantai tersebut dan berkemungkinan mangsa dibaham buaya. - K! ONLINE
Share on Google Plus

About Kraiboys

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan