Jeli: Empat maut manakala 26 lagi cedera dalam kemalangan membabitkan bas ekspres serta lori di Batu 14, Jalan Jeli-Gerik kira-kira 1.30 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Jeli, Deputi Superintendan Mohd Yusoff Jaafar berkata, kemalangan berlaku apabila bas dar Grik ke Kuala Terengganu hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan.
"Kemalangan itu menyebabkan empat maut dan 26 mangsa lain cedera.
“Mereka dalam perjalanan pulang ke Kuala Terengganu.
"Kesemua mangsa dihantar ke Hospital Jeli untuk bedah siasat dan rawatan lanjut," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. -HM
0 ulasan:
Catat Ulasan