Sayu : Apa yang suami Abby lakukan pada nya buat diri menangis


Baru-baru ini suami Abby Abadi, Muhammad Faizal Zakaria berkongsi ucapan ‘sweet’ sempena ulang tahun kelahiran isterinya yang ke-39.

Ucapan tersebut dikongsi Muhammad Faizal atau lebih dikenali dengan panggilan Jai, menerusi akaun Instagramnya pada 1 Disember lalu dengan memuat naik sekeping foto Abby yang sedang tersenyum manja sambil meletakkan dagu dibahunya.
Nukilan tersebut berbunyi:

“Isteri ku tersayang @abby_abadi112 sempena hari istimewa sayang, saya ingin mengucapkan Selamat menyambut ulang tahun. Ketahuilah tiada yang lebih bahagia selain memiliki kasih sayang dari mu.

“InsyaAllah perkahwinan ini mendapat rahmat Allah dan kekal hingga ke syurga. Akan ku berikan sepenuh kasih sayang untuk mu, bersama-sama kita mengejar akhirat untuk kebahagian kita didunia dan akhirat nanti.Masih ku ingat setahun lalu, saat ulang tahun sayang kita di Kuala Kangsar. Terlewat sedikit untuk aku ucapkan ulangtahun untuk sayang... Tapi ketahuilah tarikh1 Disember telah aku simpan sejak dari awal kita kenal. Tidak pernah ku lupa tarikh itu walaupun kita terpisah oleh waktu untuk seketika.Namun sekarang tidak lagi, hari bahagia mu...Kita telah mempunyai ikatan sah sebagai suami isteri...thanks sayang menerima saya sebagai suami sayang.Ya Allah aku bersyukur kepada Mu yang telah memanjangkan jodohku bersama isteri ku sehingga ke saat ini.Ya Allah kekalkanlah nikmat Mu ini ke atas kami dan jadikanlah kami berdua suami isteri dunia dan di akhirat. #happybirthday #sampaisyurga #jaiabby,” tulisnya.

Menerusi luahan tersebut jelas menunjukkan betapa dalamnya kasih sayang Jai terhadap Abby.

Ruangan komen pada foto itu turut dipenuhi ucapan pengikut Instagram pasangan ini yang rata-ratanya mendoakan kebahagian mereka sekeluarga.

Abby dan Jai selamat bergelar suami isteri pada 14 Ogos lalu.

Teks Oleh: Mya Amri Credit Astro Gempak 
Share on Google Plus

About Kraiboys

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan