Sayu : Adik Ibu sudah tiada .. Harraz terpaksa lah terus hisap susu botol - Ayah

Kota Bharu: Sharina Shafie, 24, yang koma di Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu sejak seminggu lalu akibat penyakit jangkitan kuman di otak sehingga menjadi viral di Internet menghembuskan nafas terakhir jam 6.30 pagi tadi.

Allahyarham Sharina menghembuskan nafas terakhir disisi suaminya Hanafie Kamarudian, 25.
Hanafie ketika dihubungi berkata, jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Chabang Tiga Rantau Panjang selepas Zohor.

Arwah meninggalkan suami dan seorang anak lelaki Mohd Harraz Danial berusia lapan bulan.

Harian Metro sebelum ini melaporkan Sharina terlantar tidak sedarkan diri akibat jangkitan kuman dalam otak.

Lebih menyedihkan anak lelaki yang masih menyusu badan terpaksa diberi susu botol sehingga menjadi viral di Internet.

Hanafi, terpaksa berhenti kerja kerana menjaga isterinya, Sharina Shafie, 24, yang koma dipercayai akibat jangkitan kuman dalam otak serta mengalami tekanan darah tinggi.

Anak sulung Hanafi, Mohd Harraz yang susut berat badan berikutan isterinya, Sharina, dimasukkan ke ICU HRPZII, di sini lebih seminggu lalu.
Share on Google Plus

About Kraiboys

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan