Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun dirogol oleh seorang pengawal keselamatan yang baru dikenali seminggu melalui WhatsApp. Kini pengawal keselamatan berkenaan dah ditahan polis tak sampai 12 jam selepas melakukan perbuatan terkutuk tu!
Lelaki tu berusia 34 tahun yang sebenarnya dah berumah tangga pun tapi dia tinggal berasingan dengan isteri dia. Suami jenis macam mana lelaki ni hah?? Isteri tinggal berasingan dok buat tak senonoh kat luar!
Menurut Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden Ibrahim Sharif, perbuatan terkutuk suspek tu terbongkar selepas bapa mangsa buat laporan polis mengenai anak dia hilang.
Berdasarkan siasatan, lelaki tu pergi ke rumah mangsa pada pukul 2 pagi pada hari kejadian untuk mengambil dan menghantar remaja tu ke rumah kawan dia. Dalam perjalanan pergi tu, lelaki tu mula buat helah kononnya nak singgah rumah sewa dia dulu sebab tertinggal barang.
Taktik yang licik dan ambil kesempatan merogol mangsa sebelum menghantar mangsa ke rumah kawan mangsa. Tak lama lepas tu mangsa ditemui oleh bapa dia di sebuah pasar raya dan mangsa menceritakan perbuatan terkutuk lelaki tu.
Ni sebagai pesanan buat semua di luar sana tu, kalau baru kenal seseorang terutamanya melalui media sosial ni jangan mudah percaya dan berhati-hati ye. Di luar sana tu disangka baik tapi dalam hati tu penuh dengan niat jahat! - sumber
BalasPadamFemale Bodyguard The rapid growth of the Chinese economy appears to increase employment opportunities for women bodyguards due to the increasing number of wealthy women in the Bamboo Curtain country.
togel singapore