PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (KAFA) yang bergelut dengan krisis kewangan kini mempunyai peluang untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Menurut Berita Harian, Ketua Pegawai Eksekutif Vida Beauty Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman yang lebih dikenali dengan nama Datuk Seri Vida bersedia untuk menaja KAFA.
VIDEO: Doakan ada jodoh dengan KAFA - Datuk Seri Vida
Namun, kesudian Datuk Seri Vida hadir dengan dua syarat iaitu:
1- Stadium Sultan Muhammad IV perlu dicat semula dengan warna merah jambu.
2- Pasukan Kelantan perlu dinamakan semula sebagai Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (TRW) seperti pasukan Negeri Sembilan yang telah dijenamakan semula sebagai NS Matrix.
"Soal tajaan, saya tidak kisah. Jika mereka tidak cukup perbelanjaan, saya boleh salurkan. Mereka memerlukan dana secepat mungkin dan saya bersedia membantu tetapi bersyarat,” ujar Datuk Seri Vida.
Datuk Seri Vida turut menjelaskan keinginan untuk memulihkan pasukan yang juga merupakan negeri kelahiran beliau. Pengasas produk kecantikan Qu Puteh itu dilahirkan di Machang, Kelantan.
Beliau juga menambah, sekalipun perbincangan awal dengan juara Piala Malaysia dua kali itu menemui jalan buntu, dia tidak menolak kemungkinan untuk rundingan seterusnya diadakan.
“Saya pasti rundingan akan dilakukan lagi kerana KAFA memang memerlukan bantuan saya,” ujar beliau.-sumber
Menurut Berita Harian, Ketua Pegawai Eksekutif Vida Beauty Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman yang lebih dikenali dengan nama Datuk Seri Vida bersedia untuk menaja KAFA.
VIDEO: Doakan ada jodoh dengan KAFA - Datuk Seri Vida
Namun, kesudian Datuk Seri Vida hadir dengan dua syarat iaitu:
1- Stadium Sultan Muhammad IV perlu dicat semula dengan warna merah jambu.
2- Pasukan Kelantan perlu dinamakan semula sebagai Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (TRW) seperti pasukan Negeri Sembilan yang telah dijenamakan semula sebagai NS Matrix.
"Soal tajaan, saya tidak kisah. Jika mereka tidak cukup perbelanjaan, saya boleh salurkan. Mereka memerlukan dana secepat mungkin dan saya bersedia membantu tetapi bersyarat,” ujar Datuk Seri Vida.
Datuk Seri Vida turut menjelaskan keinginan untuk memulihkan pasukan yang juga merupakan negeri kelahiran beliau. Pengasas produk kecantikan Qu Puteh itu dilahirkan di Machang, Kelantan.
“Saya pasti rundingan akan dilakukan lagi kerana KAFA memang memerlukan bantuan saya,” ujar beliau.-sumber
0 ulasan:
Catat Ulasan