Video : Gol cantik Baddrol Bakhtiar Malaysia Vs UAE khas buat isteri tersayang

SHAH ALAM :  Sekurang-kurangnya ada sesuatu yang berjaya diselamatkan oleh Harimau Malaya di Stadium Shah Alam yang kosong ketika bertemu Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 sungguh pun mereka tumpas 2-1 malam tadi.

Pada minit ke-58 menerusi tandukan Baddrol Bakhtiar yang menyambar sepakan bebas Shafiq Rahim ke hadapan gawang untuk sekurang-kuranganya menyelamatkan maruah di gelanggang sendiri.
                       > GAMBAR-GAMBAR MAJLIS PERKAHWINAN BAD DAN ISTERI
Pemain tengah Kedah, Baddrol Bakhtiar, 27, menamatkan zaman bujangnya, semalam apabila memilih guru Matematik, Nur Izyan Mustafa Khalid, 27, sebagai suri hidupnya. 






Baddrol atau lebih dikenali sebagai Bad dan Nur Izyan, sah sebagai suami isteri selepas diijab kabul dalam satu majlis di kediaman pengantin perempuan di Taman Peruda Utama, di sini, dengan kedua-dua mempelai mengenakan buasan sedondon berwarna putih. 

Dia yang turut menyarung jersi skuad kebangsaan ketika ditanya mengakui Nur Izyan yang mengajar di sebuah sekolah antarabangsa di sini, kurang meminati bola sepak, namun tetap mengharapkan perkahwinan itu akan memberi semangat untuknya meneruskan karier sebagai pemain bola sepak.

Jaringan tunggal nya malam tadi penguat semangat untuk diri nya dalam membantu skuad Harimau Malaya dan itu sebagai hadiah buat isteri tersayang.

"Walaupun isteri tidak meminati bola sepak, saya bersyukur dia sangat memahami memandangkan saya sentiasa sibuk dan mempunyai jadual tidak menentu.
Share on Google Plus

About Kraiboys

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan