Seorang penginap hotel mengadu tak puas hati dengan tahap keselamatan sebuah hotel di Port Dickson baru-baru ni. Pengadu ni bukan nak buruk imej hotel tu tapi sikap pekerja kat situ yang dok memalukan imej hotel tu sendiri!
Pengadu ni bukan saja-saja nak cari publisiti murahan ke apa kan tapi benda yang jadi kat pengadu tu memang tak dapat dimaafkan kan! Kalau benda ni jadi kat korang pun mesti melenting macam pengadu ni gak..
Al-kisahnya cenggini, pengadu yang dikenali Aisyah kongsi la pengalaman dia menginap di Avillion Hotel Group di Port Dickson baru-baru ni. Kejadian ngeri menimpa diri dia apabila salah seorang pekerja kat hotel tu intai dia mandi, kurang ajaq kan???
Masa kejadian tu Aishah menginap di Water Chalet, bilik 329. Selepas dia mengadu kepada pihak hotel tu, pihak hotel terus tukar dia ke bilik lain. And then, Aishah ni minta la nak jumpa dengan pengurus besar hotel tu nak bincang pasal kejadian tu..
Tapi malangnya, yang mai jumpa dia time tu pengurus junior aje sebab pengurus junior tu bertugas time tu. Aishah rasa kecewa la dengan kerjasama dengan pihak hotel tu, seolah-olah tak pandang serius dengan kejadian yang berlaku tu.
Menurut Aishah, masa kejadian ada pengawal keselamatan berhampiran dengan bilik dia. Dia pun tanya la apa langkah diorang akan selesai masalah dan apa tindakan akan dikenakan kepada pekerja tu???!
“Tapi sampai sekarang tak ada kerjasama yang diberikan dan sampai sekarang pihak hotel gagal memenuhi permintaan saya. Ni kali pertama dan terakhir saya berkujung ke Avillion Port Dickson!” kata Aishah.
Sapa-sapa pun akan bengang dengan pihak hotel ni, buat macam tak benda yang jadi! Kalau ni la cara diorang buat kat pelanggan hotel, Miss pun tak kan pi hotel tu!!! Pi buat menyakitkan hati dan tak tenang dan selamat kat situ buat apa kan!-sumber
0 ulasan:
Catat Ulasan