Alor Setar: Budak lelaki berusia 2 tahun meninggal dunia selepas dipercayai dipatuk ular tedung pada ibu jari kaki kiri dalam kejadian di rumahnya di Kampung Kubang Pisang, Mukim Rambai, Pendang, dekat sini, kira-kira 4 petang tadi.
Mohd Danish Izat Sukri muntah dan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini.
Difahamkan, sebelum kejadian mangsa yang juga anak bongsu daripada empat beradik itu keluar bermain bersendirian di konkrit saluran pembetung terbiar di halaman rumahnya sebelum menangis serta mengadu sakit kaki.
Bapa mangsa Sukri Zainol, 50, berkata, ketika kejadian dia sedang memancing di kolam ikan terletak kira-kira 50 meter dari tempat kejadian dan terkejut sebaik mendengar suara anak bongsunya meraung kesakitan dan memberitahu kakinya sakit.
"Sebaik terdengar suara adik (mangsa) menangis dan menjerit saya segera mendapatkannya dan dia menunjukkan ibu jari kakinya yang sakit lalu meminta isteri yang baru selesai mandi mengambil minyak gamat untuk disapukan di tempat sakit.
"Tidak lama kemudian adik terus muntah mengeluarkan buih sebelum memuntahkan semua makanan yang ada dalam perutnya lalu tidak sedarkan diri," katanya ketika ditemui di Unit Forensik HSB, di sini.
Menurut Sukri, sebaik tiba di hospital kira-kira 5 petang doktor mengesahkan anaknya meninggal dunia dipercayai dipatuk ular sebelum dihantar ke Unit Forensik untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.
Katanya, walaupun bersedih dengan kejadian itu, dia sekeluarga tabah dengan pemergian anak bongsunya dan menganggap ia adalah ujian daripada Allah SWT.-AL-FATIHAH Credit HM
0 ulasan:
Catat Ulasan