TUMPAT: Mayat dua sekawan yang lemas ketika mencari kepah semalam, ditemui tidak jauh dari lokasi mereka jatuh di lagun Seri Tujoh, Kampung Jubakar Pantai, di sini.
Dalam operasi yang dijalankan oleh Pasukan Bomba dan Penyelamat dari balai Pengkalan Kubor dan Kota Bharu itu, menemui mayat Mohd Faiz Haikal Mohd Firdaus, 8, timbul di permukaan air pada jam 7.55 pagi tadi.
Manakala mayat kedua iaitu Mohd Khairul Nizam Zulkifli, 11, pula dijumpai kira-kira 100 meter daripada mayat pertama. Ketua Balai Bomba Pengkalan Kubor, Penolong Penguasa Bomba Bustan Karudin, berkata pencarian kedua mangsa diteruskan pada jam 7 pagi tadi.
"Mayat kedua iaitu Mohd Khairul Nizam tersangkut di mata kail milik seorang penduduk yang turut sama dalam operasi mencari. "Kedua-dua jenazah mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Tumpat untuk bedah siasat dan akan dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Kelaboran di sini," katanya.
Sementara itu, ibu Mohd Faiz Haikal, Norashikin Halim@Isa, 32, berkata beliau tidak menyedari ketiadaan anaknya kerana selalunya akan memaklumkan kepadanya jika ingin ke mana-mana.
Dia juga sempat mejamah lempeng untuk sarapan pagi sebelum hilang pergi buat selama nya. Al-fatihah. -BH
0 ulasan:
Catat Ulasan