Memiliki cahaya mata merupakan satu anugerah terindah buat ibu bapanya, ada antara mereka menatang anak bak air yang penuh kerana terlalu sayangkan anak.
Ibu bapa pasti sanggup buat apa sahaja yang terbaik untuk anak mereka lebih-lebih lagi seawal usia bayi yang baru lahir dari kandungan, darah daging sendirikan.
Tetapi tidak semua ibu bapa diulit saat indah kerana ada antara mereka diuji oleh Allah S.W.T tahap keimanan mereka dengan pemberian anak yang kurang bernasib baik.
Ada diantara mereka mempunyai anak yang tidak cukup sifat, menghidapi penyakit kronik dan pelbagai lagi, namun jika kita lihat di laman-laman sosial ini, ternyata mereka kuat, mencari dana untuk proses mengubati anak tercinta dan juga saling bantu membantu antara mereka yang anak-anak tidak bernasib baik.
Kali ini, kami kongsikan sebuah status panjang dilaman sosial, iaitu cerita dan luahan hati seorang bapa yang terpaksa merelakan anak tercinta bertemu Maha Esa.
Cerita ini ditulis oleh saudara Shafiq Kekelip dilaman Facebooknya di mana beliau hanya sempat bersama dengan anak perempuannya untuk 111 hari. 3 bulan berulang alik ke NICU melihat anaknya dipenuhi dengan wayar dan mesin sehinggalah terpaksa membuat keputusan yang sungguh berat.
Beritkut adalah kisah beliau,
Allah, besar sungguh dugaan saudara Shafiq dan isteri, janganlah bersedih saudara, sesungguhnya pemergiaan anak kecil ini merupakan salah satu rahmat kerana dia adalah salah satu dari 10 pemberi syafaat di akhirat nanti. Alfatihah.. Salam takziah untuk keluarga. - Siakapkeli.my
0 ulasan:
Catat Ulasan