Jika anda ingin tahu rahsia bagi mengurangkan lawatan berjumpa doktor, rahsianya adalah makanan di dapur anda.
Malangnya, semakin meningkat umur, semakin tinggi juga risiko terdedah kepada masalah kesihatan seperti tekanan darah tinggi, penyakit jantung, kencing manis, dan kanser prostat.
Namun, risiko anda untuk menghidapi penyakit tersebut boleh dielakkan jika anda mengamalkan pemakanan yang sihat.
Cara pemakanan boleh memberi perbezaan yang besar dalam mengekalkan kesihatan seseorang lelaki.
Berikut adalah makanan yang boleh diamalkan oleh lelaki yang berusia 30 ke atas bagi mengekalkan kesihatan mereka pada tahap optimun tanpa perlu berbelanja besar :
1) PISANG
Tekanan darah seseorang biasanya meningkat seiring dengan bertambahnya usia. Untuk menghindari risiko strok dan serangan jantung kerana tekanan darah yang tinggi, seseorang harus mengurangkan pengambilan natrium dan menambah pengambilan kalium.
Kebanyakan ubat darah tinggi cenderung meningkatkan pengeluaran urine sehingga dapat menurunkan kadar natrium dan kalium dalam tubuh. Kedua-duanya penting bagi tubuh tapi kalium lebih diperlukan dari natrium.Untuk memenuhi keperluan kalium, perbanyakan mengamalkan buah dan sayur seperti pisang, brokoli dan kentang.
2) TELUR
Apabila umur semakin meningkat, jisim otot juga akan berkurangan. Telur adalah sumber protein yang besar, dan boleh membantu meningkatkan jisim otot yang semakin berkurangan seiring dengan pertambahan usia.
Telur juga mempunyai lutein, yang boleh mengurangkan gejala “Macular Degeneration”, iaitu keadaan di mana mata menjadi buta
3) BUAH BERI
Menurut Deepak Talreja, Pakar Kardiologi dari Universiti Virginia, buah Beri boleh mengurangkan risiko kanser
Penyelidikan sedang dijalankan, tetapi beberapa kajian mendapati yang buah Beri biru misalnya, mampu menghalang keradangan, yang boleh mengurangkan risiko beberapa jenis kanser.
4) AVOKADO
Avokado mempunyai zat khasiat yang dikatakan mampu merawat dan mencegah pelbagai penyakit daripada masalah penglihatan, penyakit jantung sehinggalah kepada masalah obesiti
Avokado mengandungi asid oleik iaitu sejenis lemak tak tepu tunggal yang jika dimakan bukan sahaja mampu mengurangkan kolesterol tidak baik, tetapi mampu meningkatkan kolesterol baik.
Disebabkan kandungan potassium yang tinggi dalam buahnya, pengambilan avokado secara kerap juga mampu merendahkan tekanan darah.
5) IKAN SALMON
Salmon mempunyai kandungan protein yang tinggi serta baik untuk tubuh badan. Protein ikan salmon juga lebih mudah dihadam dan diserap oleh sistem tubuh.
Omega-3 dan DHA yang banyak terdapat dalam ikan salmon boleh membantu mengelakkan masalah mata kering yang teruk serta mengurangkan masalah keradangan mata.
Ikan salmon juga mempunyai vitamin D yang membantu fungsi otak, di mana masalah daya ingatan dan risiko kemurungan dapat dielakkan.
Antara Kebaikan lain ikan salmon adalah membantu mengurangkan risiko terkena penyakit Alzheimer dan Parkinson di usia lanjut.
Selain daripada makanan yang dicadangkan di atas, pengambilan herba juga merupakan salah satu cara yang diamalkan sejak turun-temurun oleh nenek moyang kita untuk mengekalkn kesihatan di tahap optimum.
Antara herba yang selalu diamalkan adalah Tongkat Ali.
Ia bukan sahaja diamalkan di Asia Tenggara, malah sudah berpuluh tahun digunakan oleh syarikat pengeluar suplemen antarabangsa sebagai bahan utama dlm produk kelelakian mereka.
Antara herba lain yg diamalkan adalah Ubi Jaga dan Tunjuk Langit kerana herba-herba ini dikenali sebagai penawar semulajadi yang dikatakan dapat meningkatkan peredaran darah.
Ketiga-tiga herba ini sangat berkesan untuk dijadikan sebagai Aphrodisiac, iaitu bahan untuk menaikkan nafsu libido seorang lelaki. Herba ini juga sangat mujarab untuk memberikan tenaga serta stamina untuk melakukan kerja-kerja berat.-sumber
0 ulasan:
Catat Ulasan