Kejam.. warga emas ditumbuk sampai mati


Seorang wanita warga emas ditemui mati dipercayai dibunuh dalam kejadian di rumahnya di Taman Melawati petang tadi. 
Mayat mangsa berusia 66 tahun itu ditemui penghuni lain yang menyewa di kediaman wanita terbabit pada jam 6.15 petang sebelum menghubungi polis.
Difahamkan, mangsa meninggal dunia akibat ditumbuk beberapa kali di bahagian muka.

Ketua Polis Daerah Ampang, Senior Asisten Komisioner Khairuddin Saad, yang mengesahkan kejadian ketika dihubungi, memberitahu pihaknya masih menjalankan siasatan bagi mengetahui motif kejadian.
"Polis masih menjalankan siasatan dan kita percaya mangsa meninggal dunia akibat dibunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan," katanya.
Katanya, mayat dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.-sumber

Share on Google Plus

About Kraiboys

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan