Allhamdullilah dah besar ... Gambar Baby Bump Siti Nurhaliza tarik perhatian orang ramai

Jika sebelum ini, penyanyi tersohor lagi diminati peminat setianya iaitu Dato’ Siti Nurhalizaenggan mengulas lanjut mengenai kehamilannya namun dalam gambar terbarunya ketika ketika mempromosikan Anugerah Juara Lagu ke-30 (AJL30) sudah jelas menunjukkan perubahan pada perutnya.

Menurut sumber, berita kehamilan Siti disahkan oleh keluarga terdekat penyanyi itu apabila menyatakan kandungannya kini sudah memasuki enam minggu. Berita kehamilan Siti mula menjadi bualan apabila penyanyi Hetty Koes Endang mengusap perutnya semasa konsert Satu Suara Volume 2, di Istana Budaya minggu lalu.
Siti sebelum ini turut memuat naik gambar kurma dan susu kambing di Instagram miliknya yang sinonim untuk kesihatan ibu mengandung. Selain itu, Siti juga menyatakan bahawa dia akan memberitahu perkara berkenaan apabila dia sudah bersedia nanti.
Semoga kesihatan Siti terjaga dan dipermudahkan segala urusan. Peminat sehingga kini masih tidak henti-henti mengucapkan tahniah kepada penyanyi tersebut melalui komen yang ditinggalkan di laman sosial. Credit rotikaya
Share on Google Plus

About Kraiboys

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan