Jenazah Aliff Hateem dan adiknya Aliff Hakim dikebumikan dalam satu liang lahad, manakala Azaman dikebumikan berhampiran kubur arwah bekas isterinya, Rohana Mohamad, 49, yang meninggal dunia dua minggu lalu.
Namun apa yang lebih hiba adalah status lama sosial adik Aliff Hakim yang seseolah tahu diri nya akan pergi buat selama-lama nya.
Kira-kira 300 orang termasuk saudara mara dan rakan sekerja arwah serta penduduk kampung hadir dan pengebumian selesai kira-kira 3.30 pagi.
Jenazah isteri Azaman, Nur Akmal Mohd Zain, 49, anak Nur Akmal dengan suami terdahulu, Nor Amira Shahirah Alias, 22, dan anak angkat pasangan terbabit, Aqeel Muslim Abdullah berusia tiga tahun dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Alor Lintang, Besut.
Dalam kejadian 12.30 tengah hari semalam, enam sekeluarga itu maut selepas kereta dinaiki mereka terbabas dan terperosok di bawah treler di Kilometer 258, Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT 2) berdekatan Hentian Rawat dan Rehat Perasing di Jabor.
Puteri Nabila,19, tidak mengikut keluarganya yang terkorban dalam nahas itu kerana dia bakal menduduki peperiksaan kolejnya. -HM
0 ulasan:
Catat Ulasan