Shah Alam : Empat lelaki diberkas berhubung kes penculikan seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun di Sungai Chua, Kajang semalam.
Kesemua suspek itu termasuk seorang pemandu teksi yang menghantar mangsa ke rumah ditahan kurang 24 jam selepas kejadian itu menjadi viral di laman sosial.
VIDEO ABANG NIZAM HANTAR MANGSA |
Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat berkata, pihak polis turut menjumpai semula wang tebusan berjumlah RM300,000.
"Bapa mangsa telah menerima panggilan dari suspek menuntut RM300,000 bagi pembebasan anaknya selepas kejadian itu dan dia telah membayar wang berkenan dengan meletakkan wang itu dalam sebuah beg di sebuah pasar raya atas arahan penculik", jelasnya.
Beliau menambah, Skuad Khas polis telah menjalankan operasi besar-besaran malam tadi dengan menjumpai kembali wang berkenaan ketika menahan semua suspek di tempat yang berlainan.
Semalam kira-kira 9.30 pagi mangsa dilaporkan diculik dihadapan ibunya yang ketika itu mengambil kanak-kanak itu dihadapan tadika di Kajang.
Ibu mangsa didatangi dua lelaki yang bertindak merampas anaknya sebelum seolah-olah bertanya arah jalan. K! ONLINE
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
BalasPadamKini ANDA juga BOLEH Buat Duit dengan TRAFIK PERCUMA dari Facebook!
Nak tahu bagaimana???
KLIK SINI ===> Rahsia Trafik Facebook!
P/S: Peluang Keemasan Seperti Ini Jangan Dilepaskan!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~