Sayu : Kisah wanita tersenyum disisi jenazah suaminya

Seorang wanita asal Ohio, Amerika Syarikat, Eva Holland bergambar di sebelah keranda jenazah suaminya dengan ekspresi tersenyum. Dia kemudiannya memuat naik gambar itu di Facebook dan Instagram.

Eva mengaku bahawa dirinya sangat sayang dan mencintai suaminya. Baginya, suaminya adalah sahabat, teman, saudara, ayah dan lelaki yang benar-benar istimewa dalam hidupnya. Suaminya, Mike Settles, 26 , meninggal dunia pada 2 September 2015 kerana ketagihan dadah.

Memetik laporan Metro,co.uk, pada Krismas tahun lepas, Mike baru sahaja keluar dari pusat pemulihan setelah dia disahkan sembuh daripada ketagihan. Sejak keluar dari pusat pemulihan, Mike mempunyai kehidupan yang sihat. Dia sangat menyayangi isteri, orang tua dan pastinya anak-anak. Tetapi, beberapa bulan terakhir, Mike kembali mengambil dadah hingga akhirnya  dia menghembuskan nafas terakhir.

Sebelum jasad si suami dikebumikan, Eva dan kedua anaknya, Lucas dan Ava bergambar dengan tersenyum di samping mayat Mike. Gambar ini diambil kerana dia ingin menyampaikan kepada semua orang tentang bahaya dadah.


Di akaun media sosialnya Eva menulis

"Saya yakin gambar ini membuatkan ramai orang tidak selesa. Namun, gambar ini kami ambil untuk menunjukkan realiti ketagihan. Bagi kami, suami saya adalah segala-galanya. Kami sangat mencintainya dan begitupun dengan dia. Dia adalah lelaki yang baik, ia bahkan telah cuba untuk berhenti mengambil dadah. Dia telah berusaha keras untuk memiliki hidup yang sihat dan normal seperti orang lain pada umumnya. Saya sangat menghargai usahanya selama ini. "

"Dia melakukan semuanya dengan begitu baik. Dia juga telah berjaya keluar dari ketagihan. Namun, beberapa bulan yang lalu dia memakan satu biji ubat sakit gigi. Percaya atau tidak, ubat inilah yang kembali membawanya menjadi penagih. Dia mengatakan bahawa dia boleh mengatasinya. sayang, akhirnya dia meninggal kerana hal ini. "

"Bagi saya, dia tak pernah salah. Dia adalah seseorang yang saya cintai sejak saya masih remaja. Saya telah bersamanya sejak 11 tahun yang lalu. Waktu berkahwin dengannya saya masih berusia 15 tahun. Tapi kami bahagia, apapun dan bagaimanapun dia. Dia adalah orang baik yang akan selalu ada di hati saya dan anak-anak. Di sini, saya hanya ingin berkongsi cerita. Memberitahu kepada semua orang bahawa dadah begitu berbahaya. Saya harap cerita ini boleh membantu. - Credit Realiti Abadi
Share on Google Plus

About Kraiboys

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan