Kemaman : Seorang pemandu lori tangki minyak rentung apabila kenderaan dipandunya itu terbabas dan terbalik sebelum terseret Lebih 50 meter ke arah laluan bertentangan lalu terbakar dalam nahas ngeri kira-kira jam 9.30 pagi tadi.
Kemalangan di Kilometer 315.2 Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) dekat susur keluar Plaza Tol Kerteh itu menyebabkan mangsa, Mohd Azaha Jusoh, 47, mati di tempat duduknya gara-gara terperangkap.
Identiti Pemandu nya yang merupakan seorang Ustaz lebih dikenali dengan nama Ustaz Azhar Jusoh
- Sahabat sepengajian ana di Taman Islam Kemaman Ustaz Azhar Jusoh telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi akibat kemalangan Lori Minyak di LPT... Al Marhum seorang yang soleh, Imam Masjid Kubang Panjang Terengganu ,sangat baik, Istiqomah dlm perjuangan Islam.. Dianugerahkan Allah suara merdu utk membaca Al Quran.. Meninggalkan 10 orang cahayamata.. Semoga Allah merahmatinya.. Mengampunkan semua dosanya dan dimasukkan dlm Syurga Firdaus insyaallah... Aminnnnn Credit Uztaz Azmi Karim
Tempoh kira-kira dua jam terpaksa diambil pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kerteh dan Paka dengan kekuatan dua jentera dan 13 anggota untuk memadamkan kebakaran lori tangki penuh muatan diesel itu.
Saksi kejadian yang juga peronda LPT2, Aizudin Mazlan, 30, berkata, sejurus kenderaan berat itu terseret, api mula keluar dari bahagian tangki belakang lori berkenaan.
"Kebakaran merebak terlalu pantas, dalam sekelip mata sahaja keseluruhan badan dan kepala lori tangki minyak itu dijilat api menyebabkan saya tak dapat mengeluarkan mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu," katanya.
Difahamkan, ketika kejadian lori tangki minyak it dalam perjalanan dari arah Kuantan menuju ke Kuala Terengganu bagi menghantar minyak untuk bekalan di Pantai Timur. -Sinar
0 ulasan:
Catat Ulasan