Sayu : Setelah tempuhi detik hitam di buli cium kaki .. Mia nekad kembali ke sekolah (4Gambar)


Kuala Nerus : Kerana berasa malu setelah video dia dipukul dan dipaksa mencium kaki tersebar di laman sosial minggu lalu, seorang pelajar perempuan tingkatan tiga nekad berhenti sekolah.

Pelajar yang hanya mahu dikenali sebagai Mia itu memberitahu, dua kejadian pada 8 dan 9 September lalu, di kawasan sekitar Seberang Takir telah menyebabkan dirinya dipandang serong memandangkan video itu memaparkan wajahnya secara jelas, sekali gus mencalarkan maruah dia dan keluarga.

"Memang selama ini hubungan saya dan pelajar perempuan itu (pelajar yang memaksa cium kaki) tidak baik dan saya akui ada buat kesilapan terhadap dia. Tetapi saya telah minta maaf.



"Pada kejadian pertama (8 September) dia minta saya bertemunya kerana ingin selesaikan perkara ini dan saya pergi jumpa dia agar perkara ini selesai. Namun saya tidak menyangka sama sekali dia kemudiannya bertindak memukul dan cuba tanggalkan pakaian saya," katanya.

Mia mengakui masih trauma dengan kejadian itu dan memaklumkan, sehari selepas kejadian pertama, pelajar perempuan tersebut sekali lagi datang untuk berjumpa dengannya tetapi Mia cuba mengelak.

Bagaimanapun katanya, dia didesak untuk bertemu pelajar perempuan terbabit di restoran milik keluarganya di Pantai Teluk Ketapang dengan alasan menyesal dengan tindakan pada 8 September.

"Tanpa berfikir panjang saya pergi berseorangan ke restoran milik keluarganya itu. Ketika itu, saya dapati beberapa rakannya berada di situ dan ibunya juga ada bersama.

"Awalnya pertemuan berlangsung dengan baik sehinggalah ibu kepada pelajar tersebut memaksa saya mencium kaki anaknya sekiranya ingin memohon maaf," katanya.

Menurutnya, dia betul-betul tidak menyangka mereka tergamak memaksanya melakukan perbuatan sedemikian dan ketika itu dia tidak mempunyai pilihan kerana telah dikepung oleh rakan-rakan pelajar perempuan tersebut.

Anak bongsu daripada lima beradik yang baru kehilangan bapa pada Ogos lalu menceritakan, selepas berbuat demikian (mencium kaki secara paksa), dia terus pulang ke rumah dan keesokan harinya, dia mendapat tahu video kedua-dua kejadian itu tersebar di laman sosial.



Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, Mia itu akan menyambung semula pelajaran yang terkandas di sebuah sekolah di Kemaman dan pihak Yayasan Terengganu (YT) telah diarah menguruskan perkara tersebut termasuk berkaitan soal asrama.
    
Beliau yang sempat meluangkan masa bertemu pelajar itu di rumahnya Sabtu lalu mendapati anak yatim berkenaan menunjukkan minat yang tinggi untuk belajar bagaimanapun terhalang akibat rasa malu diejek rakan-rakan.  
   
"Saya terkejut bila dimaklumkan tentang kes pelajar berhenti sekolah, saya tidak boleh berkompromi dalam isu pendidikan lebih-lebih lagi kejadian ini berlaku di kawasan saya, Dun Seberang Takir.
    
"Sebagai jaminan untuk Mia, saya juga minta pihak YT membuat pemantauan di samping memberi makluman awal kepada pihak sekolah agar kita dapat mengelak sebarang gangguan terhadapnya kerana kita tidak mahu kejadian di luar dugaan berulang lagi," katanya pada sidang media selepas Majlis Sambutan Hari Wanita peringkat negeri di sini hari ini.‎
Share on Google Plus

About Kraiboys

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan