Selepas kes adik Firdaus suatu masa dahulu kita tidak mendengar lagi kisah kanak-kanak diabaikan oleh ibu mereka sehingga kini.
Namun melalui facebook seorang pelayar media sosial yang berjaya membongkar dan menyelamatkan seorang budak perempuan berusia 4 tahun ditinnggalkan sendirian dirumah tanpa pakaian serta makanan yang mana kanak-kanak tersebut dalam keadaan lapar dan ketakutan.
Ketika ditemui di sebuah rumah di Sungai Buloh, Selangor kanak-kanak itu dalam keadaan tidak terurus, keliru dan lemah akibat malnutrisi.
Laporan itu dibuat Pengasas Community Policing Kuan Chee Heng di laman Facebooknya.
Menurut Chee Heng, mereka sedang mencari ibu kepada budak perempuan berkenaan iaitu Lai Xi Zin, 17, untuk memberi bantuan.
Xi Zin didakwa meninggalkan anaknya itu bersama adiknya berusia 14 tahun yang turut mempunyai masalah kesihatan mental.
Setakat ini tiada khabar terbaru daripada ibu budak perempuan tersebut.
Chee Heng yang juga seorang bekas anggota polis memberitahu, buat sementara ini budak perempuan itu sedang dijaga moyang saudaranya.
Community Policing ataupun COPS merupakan badan bebas yang ditubuh untuk memerangi gejala sosial selain bekerjasama rapat dengan polis bagi mencegah jenayah.-KB
0 ulasan:
Catat Ulasan