Astagfirullahaladzim…. Anak yang dikandung dan darah daging sendiri tergamak dijadikan pemuas nafsu!! Dah la dijadikan hamba seks malah bertindak lebih kejam dikurung di dalam almari selama lima tahun. Mak bapak jenis apa diorang ni??? Dah gila ke seksa anak macam tu sekali??
Anak malang tu Lauren Kavanaugh yang kini dah berusia 21 tahun melalui pengalaman yang mengerikan dan menjijikkan! Menurut Lauren, masa tu dia baru aje berusia tiga tahun dan dilarang makan, diseksa serta dirogol hampir setiap malam. Nauzubillahiminzalik..
Difahamkan, hanya Lauren yang dipisahkan dari dunia luar dan abang serta kakaknya yang lain. Diorang menikmati kehidupan normal, sementara dia diseksa mak bapak sendiri tanpa diketahui sapa-sapa!
“Suatu hari ibu saya benci mendengar suara tangisan saya lalu dia menarik tangan saya dan memasukkan saya ke dalam almari.
“Saya berada di situ selama beberapa jam dan saya sangkakan ia satu hukuman, tiada makanan, hanya kegelapan,’’ kata Lauren.
Lauren dapat mengingati bagaimana dia dirogol dan ketika itu dia hanya berusia tiga tahun.
“Mereka memasang muzik kuat-kuat untuk menyembunyikan jeritan saya dan selepas itu saya dimasukkan semula ke dalam almari. Itulah rumah saya,” kata Lauren.
Menurut Lauren, dia akan makan apa sahaja yang ditemui dan penderitaan tu berakhir apabila diselamatkan selepas bapak dia bawa dia keluar sekejap dari rumah. Lauren bernasib baik kerana jirannya melihat keadaannya lalu membuat laporan polis. Nasib baik jiran tu prihatin. Kalau tak macam mana la nasib Lauren tak diselamatkan?
Pada 2001, Lauren telah dijadikan anak angkat oleh pasangan Sabrina dan Bill Kavanaugh. Mula-mula tu, Lauren jadi trauma sampai dia bawa menyorok makanan, takut diambil orang dan tak tau nak main dengan barang mainan.
Cara pemikiran dia pun tak sama dengan usia dia dan Lauren akan cuba tidur di dalam almari setiap malam. Kesian kan diseksa sampai macam tu sekali! Sampai jadi jakun dengan kehidupan normal.
Tapi setelah sekian lama, Lauren berjaya mengatasi trauma tu. sekarang ni dia jadi aktivis membantu diorang yang mengalami nasib yang sama dengan dia. Lauren juga bercadang memasuki universiti untuk mempelajari psikologi.
Sementara mak bapak kandung dia pula dipenjara seumur hidup. Memang layak pun tempat diorang disitu selepas apa yang dilakukan ke atas anak yang tak berdosa tu! -sumber
0 ulasan:
Catat Ulasan