Kluang : Tiga maut selepas kereta dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan di Jalan Renggam-Kluang, dekat sini pagi tadi. Kejadian kira-kira jam 6.45 pagi itu membabitkan kereta Proton Wira dan Perodua Viva.
Mangsa yang maut dikenali sebagai Suziyani Samat, 33, Tan Li Yee, 42, dan Liew Yu Chin.
Pegawai Operasi PBK II, Mohd Adam, berkata sejurus menerima panggilan kecemasan sebuah jentera dengan kekuatan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Renggam bergegas ke lokasi kejadian.
"Ketiga-tiga mangsa kemudian dihantar ke Hospital Kluang, dekat sini dan kes diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya ketika dihubungi sebentar tadi.
0 ulasan:
Catat Ulasan