5 Gambar : Lotus Birth .. kelahiran yang tidak menggunting tali pusat ?

Hari ini saya ingin kongsikan artikel tentang Lotus Birth, pasti ramai yang belum pernah mendengar tentangnya…ini ada sedikit info yang dapat saya sediakan tentang kaedah kelahiran ini.


Apa itu Lotus BirthLotus Birth berbeza dengan kaedah kelahiran yang biasa, kerana  tali pusat akan dipotong sebaik saja ia berhenti berdenyut. Kemudian plasenta (uri) akan dibersihkan dan ditanam namun dalam Lotus Birth, tali pusat tidak dipotong, dan dibiarkan bersambung antara bayi dan plasenta hinggalah ia tercabut dengan sendirinya.
Ironinya dalam Lotus Birth ini ialah plasenta telah memberi manfaat kepada bayi selama 9 bulan ketika  bayi dalam kandungan, maka ia boleh terus memberi faedah kepada bayi selepas kelahiran. Pengamal Lotus Birth percaya bahawa dengan kaedah ini, bayi tidak memerlukan imunisasi tambahan, kerana plasenta memberi cukup bekalan antibodi danimunisasi yang diperlukan oleh bayi.
lotus-birth-bengkung moden
Kaedah Lotus Birth:
  • Plasenta atau uri dibiarkan melekat bersama tali pusat dan bayi.
  • Plasenta atau uri dimasukkan ke dalam mangkuk yang bersih.
  • Tunggu sehingga tali pusat bayi berhenti berdenyut.
  • Plasenta dibasuh dengan berhati-hati.
  • Keringkan plasenta dan pastikan ada pengaliran udara agar ia cepat kering.
  • Boleh gunakan bunga-bungaan atau herba bagi mengelakkan bau yang tidak menyenangkan dari plasenta.
  • Pastikan talipusat bayi dan plasenta sentiasa dalam keadaan kering.
  • Bayi diuruskan seperti biasa dengan talipusat masih melekat pada badannya.
  • Biasanya selepas seminggu talipusat akan tertanggal dan plasenta boleh diuruskan seperti biasa; tanam dan sebagainya.
lotus-birth-bengkung-modern
Lotus Birth dikatakan terdapat dalam ajaran Buddha, mungkin ada kaitan dengan kelahiran Siddhartha Gautama yang boleh berjalan sebaik saja dilahirkan, dan setiap langkahnya menghasilkan bunga teratai.
Di dalam Islam, uri diharuskan ditanam selepas dibersihkan dengan baik sebagai tanda penghormatan terhadapnya.
Negara Amerika merupakan negara perintis Lotus Birth ini , dan diperjelaskan bahawaLotus Birth ini sebagai langkah pencegahan untuk melindungi bayi dari jangkitan lukayang terbuka.
Walaupun ia agak baru di Malaysia,Budaya tidak memotong talipusat ini telah lama diamalkan dalam  budaya Bali dan budaya orang asli. Bali mempunyai pelbagai tradisi dan ritual mengenai proses kelahiran. Setiap kelahiran membawa cerita yang baru dan berbeza untuk dijadikan sebuah pelajaran. Setiap wanita menyanyikan lagu kelahiran sendiri untuk bayinya. Ada banyak kegembiraan dan perayaan pada saat kelahiran.
Antara beberapa sebab mengapa ibu-ibu memilih untuk melahirkan secara Lotus Birth?
1.Tidak ada keinginan ibu untuk memisahkan plasenta dari bayi dengan cara memotong tali pusat
2.Supaya proses peralihan bayi berlaku secara lembu, yang membolehkan penolong persalinan untuk memotong tali pusat pada masa yang tepat.
3.Merupakan suatu penghormatan terhadap bayi dan plasenta.
4.100% memastikan bahawa bayi mendapat kandungan darah optimum dan khusus yang diperlukan bagi bayi.
5.Mendorong ibu untuk menenangkan diri pada minggu pertama selepas bersalin sebagai masa pemulihan sehingga bayi mendapat perhatian penuh.
6. Mengurangkan kematian bayi kerana pengunjung yang ingin bertemu bayi. Sebahagian besar pengunjung akan lebih memilih untuk menunggu hingga plasenta telah lepas.
7.Alasan rohani atau emosional.
8.Tradisi budaya yang harus dilakukan.
9.Tidak bimbang tentang bagaimana mengklem, memotong atau mengikat tali pusat.
10.Kemungkinan menurunkan risiko jangkitan (Lotus birth memastikan sistem tertutup antara plasenta, tali pusat, dan bayi sehingga tidak ada luka terbuka)
11.Kemungkinan menurunkan waktu penyembuhan luka pada perut (adanya luka memerlukan masa untuk penyembuhan.sedangkan jika tidak ada luka, masa penyembuhan akan sekurang-kurangnya)
Hanya kerana tali pusat telah berhenti berdenyut tidak bermakna tali pusat menjadi tidak berguna lagi. Tali pusat boleh terus berdenyut sekitar 2 hingga 3 jam.
Apapun sebabnya untuk mengenal pasti kebaikan dan keburukan dalam sesuatu tindakan, rujuk lah kepada pakar-pakar dlm bidang tertentu atau sebagai sandaran. Dapatkan saranan daripada pihak-pihak yang lebih tahu tentang hal ini..
Anda boleh membaca rujukan lanjut tentang lotus birth ini di sini atau anda juga boleh baca apa itu lotus birth
Apa-apa pun, perkongsian kami tentang Lotus Birth ini adalah untuk menambah pengetahuan anda.
Untuk cara>>  pengurusan uri mengikut ajaran Islam, anda boleh rujuk di link berikut <<Pengurusan uri mengikut ajaran islam 
saya harap artikel saya kali ini akan dapat memberi sedikit info kepada semua, sehingga kita berjumpa lagi di artikel yang seterusnya..:)
Wasalam
Kak Faz Credit : bengkungmoden
Share on Google Plus

About Kraiboys

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan