Subang Jaya: Seorang pelakon drama wanita berusia 20 tahun diberkas polis bersama dua rakannya selepas mereka memiliki dadah.
Semua suspek perempuan itu ditahan polis 11 malam tadi, hasil serbuan mengejut dilakukan polis di sebuah kediaman di Persiaran Kemajuan di sini.
Roti Kaya |
Mimi Lana |
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, pemeriksaan dilakukan terhadap bilik pelakon itu sebelum polis menemui satu paket plastik berisi ceraian daun kering disyaki ganja dan pil eramin 5.
"Pemeriksaan di bilik kedua pula menemui seorang lagi remaja wanita yang sedang tidur. Siasatan lanjut di bilik itu menemui satu beg mengandungi tiga paket plastik lut sinar berisi ceraian daun kering dipercayai ganja seberat 15.74 gram serta dua bilah pisau di bahagian atas almari baju.
"Siasatan lanjut sedang dijalankan sama ada semua suspek mengedar dadah berkenaan ataupun untuk kegunaan sendiri. Kes disiasat dibawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya. Credit HM, Rotikaya
0 ulasan:
Catat Ulasan