Tapi, sekali lagi Fara tampil menerangkan situasi yang dialaminya waktu kena ganggu dengan Fizz kat media..
“Itu amaran saya kepada Fizz dan ia bukan bertujuan mencari publisiti murahan seperti yang diperkatakan.Saya tidak ‘menjual diri’ untuk cari rezeki, malah saya bukan penganggu rumah tangga orang.
Penjelasan ini diharap dapat membersihkan semula nama saya. Barangkali imej seksi saya mengundang prasangka kurang baik, namun hakikatnya saya tidak pernah mengganggu sesiapa. Kepada yang bercakap buruk mengenai saya, jangan terlalu mudah menjatuhkan hukuman. Jika apa saya lakukan itu untuk mencari publisiti murahan, sudah lama saya buat, kenapa baru sekarang?”
“Pada 3 Ogos lalu saya menemani kawan baik saya, Emma Maembong ke lokasi penggambaran di Jalan Duta, Kuala Lumpur. Fizz turut membintangi filem itu. Pulang dari set penggambaran, dia menghubungi saya menerusi aplikasi WeChat. Entah dari mana dia mendapatkan nombor telefon saya.
“Saya tahu akaun bank itu palsu. Kononnya dia mahu belanja saya membeli-belah dan kemudian bertanya adakah saya ‘menghiburkan’ orang. Saya masih simpan semua isi kandungan perbualan kami. Saya tidak tahan apabila dia mula bercakap yang bukan-bukan. Saya bukan perempuan murahan dan perosak rumah tangga orang” katanya..
Hmm.. Miss A pun dah naik pening nak dengar mana satu.. Fizz tampil keluarkan kenyataan sekali je.. Tapi, Fara ni dah banyak kali dok keluarkan kenyataan.. Sebabkan selalu dok keluarkan kenyataan, ramai peminat yang sifatkan Fara ni perosak rumahtangga artis..
Kecian pulak Miss A kat Almy kalau dengan kenyataan baru dari Fara ni.. Benda yang lama patut dah tak payah diceritakan lagi kot.. Ramai peminat pun dah jemu nak dengar.. Memang nampak sangat macam ko ni nak cari publisiti murahan..sumber
0 ulasan:
Catat Ulasan