Wow..Maya Karin Kumpul RM8 Juta Melalui Pelaburan Hartanah


Jika barisan selebriti lain sedang memberikan fokus terbaik kepada produk dengan jenama mereka sendiri, Maya Karin pula sibuk menguruskan pelaburan hartanah yang kini sudah mengumpul aset bernilai RM8 juta.

“Sememangnya untuk menyertai pelaburan dalam bidang hartanah mempunyai cabaran besar khususnya daripada segi mendapatkan pembiayaan dari pihak bank dan menguruskan pembayaran semula yang mana saya perlu bijak mengatur langkah bagi memastikan modal dikeluarkan mampu memberi pulangan serta tidak merugikan”

“Salah satu sebab saya memilih menceburkan diri dalam industri hartanah kerana rumah adalah satu keperluan dan kita juga ada mendengar atau membaca laporan mengenai golongan artis veteran yang tidak mempunyai kediaman sendiri”

“Atas sebab itu, saya memikirkan pada satu hari nanti sekiranya berlaku sesuatu, sekurang-kurangnya ada kediaman untuk berlindung,” katanya kepada Harian Metro.

Tahniah Maya di atas kejayaan anda menceburi bidang hartanah. Mungkin selepas ini makin ramai pula gologan selebriti akan turut sama berjinak-jinak dalam industri yang sama.-sumber
Share on Google Plus

About Kraiboys

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan