Wanita bunuh suami demi maruah


Pihak berkuasa Turki menahan seorang wanita berusia 28 tahun selepas dia membunuh suaminya atas alasan ‘maruah.’
Cilem Karabulut mengaku menembak mati suaminya Hasan Karabulut, 33, di rumah mereka di Adana, wilayah di selatan Turki kerana lelaki itu berulang kali memukul dan memaksanya melacur.
“Mengapa wanita yang selalunya mati dibunuh. Lelaki juga boleh dibunuh. Saya membunuh kerana menjaga maruah,” lapor akhbar Hurriyet yang memetik kata-kata Cilem dalam kenyataannya kepada polis.
Punca pembunuhan itu mencetuskan perdebatan di media Turki, lebih-lebih lagi dengan gaya Cilem ketika dibawa ke mahkamah dalam keadaan bergari.
Dengan menunjukkan tanda bagus, dia memakai kemeja-T dengan slogan bahasa Inggeris bermakna: “Yang berlalu, terima kasih untuk segala pengalaman. Yang akan datang, saya sudah bersedia,’ tertera di depannya.-sumber

Share on Google Plus

About Kraiboys

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan