Pelakon Dia..Isteri Luar Biasa Shukri Yahaya memberitahu wanita yang sudah berkahwin dan mempunyai anak dikatakan punca drama bersiri Isteri.. Luar Biasa menjadi hangat dan kontroversi secara tiba-tiba.
Difahamkan wanita itu adalah peminat finatik Shukri Yahaya yang mengemari lakonan Shukri, namun setelah tidak dilayan sebagai peminat tegar, wanita itu cuba mencari perhatian dengan mewujudkan cerita yang panas mengenai drama itu.
“Pada mulanya saya tak rasa apa-apa, lama kelamaan ia menjadi sangat tak ‘best’ kerana wanita ini banyak kali mesej di laman sosial milik saya.
“Saya ada membalas komennya, tapi taklah sekerapnya mungkin, kalau saya asyik balas komen dia sahaja, apa pula pandangan peminat-peminat saya yang lain.
“Jadi disebabkan saya tidak melayan komennya itu, maka wanita itu cuba mengeruhkan keadaan dengan mewujudkan isu-isu yang sensetif mengenai drama itu, saya hanya mampu bersabar sahaja,” kata Shukri kepada portal Murai.com.my.
Bagi diri Shukri, bukan drama Dia.. Isteri Luar Biasa sahaja mempunyai babak-babak romantik dan ‘caring’, tetapi drama-drama lain turut paparkan adegan yang sama.
Apabila sikap tidak puas hati dengan seseorang maka akan wujudlah cerita-cerita yang kurang enak untuk jatuhkan reputasi dan kredibiliti pelakon.
“Saya sangat hormat kak Ziela Jalil, dia pun dah mohon maaf secara terbuka, dan saya amat berharap isu ini selesai, dan tidak dibangkit-bangkitkan sehingga menjadi huru-hara.
“Shukri mohon kepada semua peminat, jadilah penonton yang rasional kerana dunia yang saya berlakon adalah rekaan semata-mata bukannya ada kena mengena dengan kehidupan realiti di luar sana,” kata Shukri mengakhiri bicara. - Murai
0 ulasan:
Catat Ulasan