Sayu..Ibu Mangsa Dera Gagal Kawal Emosi & Menangis Tengok Suspek..

“Ya Allah budok tu tak dosa (budak itu tak berdosa). Kalau mu tak buat, siapa lagi yang buat?” kata Sana Abdul Malek, 28, kepada bekas suami dan isterinya yang disambung reman bagi membantu siasatan berhubung penderaan kanak-kanak berusia lima tahun dikenali Yaya.

Sana meluahkan kata-kata demikian kepada dua suspek itu ketika mereka dibawa polis untuk memasuki kamar Mahkamah Majistret Pasir Mas, di sini, semalam.

Reman kedua-dua suspek berusia 39 dan 25 tahun disambung sehingga 12 Julai selepas perintah dikeluarkan Majistret Mohamad Redza Azhar Rezali.

Sana hadir ke mahkamah ditemani beberapa ahli keluarga.

Sebaik melihat suspek, wanita itu yang juga ibu kandung Yaya, gagal mengawal perasaan dan dilihat mengucap ‘Allahuakbar’ beberapa kali sambil menangis.


Share on Google Plus

About Kraiboys

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan