Perihal Kentut, Apa Penyebabnya?


MEMBICARAKAN soal buang angin atau kentut bukanlah sesuatu yang manis tapi ianya adalah fitrah manusia yang mempunyai sebab tersendiri kesihatan tubuh.
Bagaimanapun bagi mereka yang terlebih buang angin, ini merupakan petanda bahawa tubuh anda ingin memberitahu’ sesuatu.
Berikut punca mengapa sesetengah orang terlalu kerap mahu buang angin berbanding normal:
Bakteria Berlebihan
Bakteria berperanan mencerna makanan yang masuk dalam usus besar tetapi terdapat juga bakteria yang mungkin ‘terlepas’ ke usus kecil dan membiak berlebihan di sana. Apabila bakteria ini bertemu makanan yang belum selesai dicerna maka penguraian gas berlaku. Gas yang terhasil dalam usus besar dan usus kecil ini turun melalui sistem menyebabkan perut menjadi kembung dan sering terasa mahu buang angin.

Sesetengah penyakit juga boleh jadi punca ketidakseimbangan bakteria dalam usus. Penyelesaian yang biasa diberikan oleh doktor adalah pemberian beberapa jenis antibiotik.
makan terburu
Makan Terlalu Terburu
Jika gemar makan cepat-cepat, makan sambil berborak dan suka mengunyah gula-gula berangin, ianya boleh jadi penyebab anda menelan banyak udara. Udara terdiri daripada gas, maka selepas memasuki tubuh ianya harus keluar dan antara cara yang ada adalah melalui sendawa atau kentut.

produk susu
Produk Susu
Semakin meningkat usia, maka organ pencernaan pun akan jadi lebih sensitif terhadap produk susu. Hal ini kerana jumlah enzim laktat yang diperlukan untuk mencerna susu kian berkurang. Pengurangan enzim ini pasti anda sedari jika perut mula meragam setiap kali mengambil produk susu termasuk keju dan sebagainya.

Sensitif Gluten / Sakit Celiac
Kesulitan mencerna makanan akan dimaklumkan tubuh melalui pengeluaran gas. Dalam sesetengah kes kerap kentut adalah petanda anda mengalami gangguan penyerapan makanan disebabkan penyakit Celiac atau gangguan kesihatan lain.

Perubahan Hormon
Gas yang keluar juga boleh jadi petanda bahawa anda sedang melalui proses menopause atau perubahan hormon. Aktiviti bersukan dapat membantu melancarkan pencernaan selain mengambil probiotik.

Masalah-Sembelit
Sembelit
Jika anda sukar membuang air besar, efeknya adalah pengeluaran angin berbau busuk. Ianya kerana kotoran yang dipenuhi bakteria dalam usus tertahan dalam sistem pencernaan, cuma gas sahaja yang mampu keluar. Bagi mengatasi keadaan ini pastikan anda minum air secukupnya, ambil makanan berserat tinggi dan lakukan aktiviti
kecergasan.

– MYNEWSHUB.CC
Share on Google Plus

About Kraiboys

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan