Penyanyi Dikecam Biar Anak Kencing Di Beg Muntah pesawat


Penyanyi pop terkenal Vietnam, Le Quyen, menerima kecaman ramai selepas membiarkan anaknya kencing di dalam `beg muntah’ dalam sebuah pesawat baharu Airbus A350-900.
Tindakan selebriti ternama ini telah mengakibatkan air kencing kanak-kanak itu habis merecik dan terkena merata-rata tempat, lapor media tempatan.
Gambar anaknya lelakinya itu kencing dalam pesawat kebetulan telah dirakamkan oleh seorang penumpang ketika dalam penerbangan dari Hanoi ke Ho Chi Minh City yang dahulunya dikenali sebagai Saigon.
“Seorang penumpang wanita yang cantik di tempat duduk 11B, dengan kuku yang dicat, perpakaian mengikut fesyen, telah membuka beg muntah dan membiarkan anak lelakinya kencing, hingga merecik ke merata tempat.
“Ketua pramugara kemudian bertanya kenapa tidak ke tandas kerana ia boleh mengotorkan pesawat, namun dia tidak langsung memandang atau pedulikannya,’’ demikian tulis penumpang berkenaan yang dikongsi dalam media sosial.
Pada mulanya gambar Quyen telah dikaburkan oleh penumpang itu ketika dimuat naik dalam media sosial namun ia akhirnya terbongkar bahawa wanita itu adalah Quyen.
Ini kerana wajahnya dapat dikenali memandangkan Quyen akan memuat naik gambar di mana dia berada dalam pesawat setiap kali dalam penerbangan ke merata-rata tempat. – Agensi-sumber
Share on Google Plus

About Kraiboys

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan