Mendapat Bantuan Lepas Gambar Belajar Di McDonald Viral


BEBERAPA hari lalu, kami ada melaporkan kisah viral seorang kanak-kanak Filipina yang menumpang cahaya lampu dari sebuah restoran makanan segera McDonald untuk belajar pada waktu malam kerana rumahnya musnah dalam kebakaran.
Tindakan kanak-kanak berusia sembilan tahun ini ternyata menarik perhatian seluruh dunia yang tersentuh hati melihat akan kegigihan dan sikap dedikasinya yang mahu belajar.
Gara-gara kisah viral adik Daniel Cabrera ini di media sosial, pelbagai pihak tampil tidak henti-henti menghulurkan bantuan termasuk bantuan peralatan sekolah dan biasiswa untuk belajar di sebuah kolej.
“Kami sangat bersyukur. Saya tak tahu apa yang akan saya buat dengan kesemua rahmat (bantuan) ini.
“Kini, Daniel sudah tak perlu lagi bersusah payah untuk menyiapkan kerja sekolahnya”, kata ibu kanak-kanak berkenaan, Christina Espinosa yang bekerja sebagai pembantu rumah dan pembantu kedai runcit.
Difahamkan, keluarga ini kini menumpang di kedai runcit milik bosnya sejak lima tahun lalu apabila rumah mereka hangus dijilat api dalam satu kebakaran.
Dalam pada itu menyifatkan Cabrera sebagai seorang anak yang sangat fokus dan suka belajar.
dannyboy_1436512014
“Dia sangat rajin dan bersungguh-sungguh untuk belajar. Dia tetap degil untuk ke sekolah walaupun tidak mempunyai sebarang duit poket kerana saya tidak mempunyai wang untuk diberikan.
“Dia selalu memberitahu saya, ‘Mama, saya tak mahu hidup susah sepanjang hidup, saya mahu mengejar cita-cita saya”, tambah Espionosa lagi.
Lebih membanggakan, kanak-kanak kecil ini memasang impian untuk menjadi seorang polis kelak. –sumber
Share on Google Plus

About Kraiboys

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan