Mayat lelaki tanpa kepala bertatu naga jadi misteri


Mayat lelaki yang ditemui tanpa kepala di dalam longkang di Jalan Sungai Kandis, Seksyen 36, di sini, Rabu lalu adalah warga tempatan berdasarkan kesan suntikan Bacillus Calmette-Guerin (BCG).
Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, walaupun kaki dan tangan lelaki itu reput kerana dipercayai sudah mati lebih seminggu lalu, namun kesan suntikan BCG itu masih kelihatan.
“Kita masih menyiasat identiti mangsa dan setakat ini dapat mengesan suntikan BCG di lengan mangsa yang mengesahkannya mangsa warga tempatan.

“Selain itu, kita turut meminta rakan atau mereka yang mengenali tatu naga dan berbunga pada

 lengan lelaki terbabit tampil membantu siasatan,” katanya ditemui pada Majlis Pelancaran Ops

 Selamat peringkat IPD Shah Alam, di sini, semalam. - sumber


Share on Google Plus

About Kraiboys

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan