Pelakon Hanis Zalikha akui keadaannya kini yang tidak sihat dan demam itu telah menyebabkan ibunya menyangka dia sudah hamil anak pertama hasil perkahwinannya dengan Hairul Azreen.
Malah menurut Hanis pekara paling melucukan apabila ibunya bertanyakan kepadanya hingga berkali-kali kerana terlalu mengharapkan anaknya itu hamil.
“Saya memang tidak sihat sejak 2 3 hari ni. Saya dah ke klinik dan doctor ada beri ubat kerana saya sekadar demam biasa.
“Tapi yang lucunya, bila ibu saya dapat tahu saya demam terus dia tanya saya berkali-kali adakah saya hamil.
“Saya tak terkejut dengan sikap Ibu itu kerana Ibu saya memang mahu cepat saya hamil dan impikan cucu lelaki kerana mahukan sepasang cucu kerana setakatini dia sudah ada cucu perempuan.
“Saya tahu macam mana perasaan teruja bila ibu dapat tahu anaknya hamil tetapi hakikatnya saya belum lagi hamil,” katanya kepada murai.com.my selepas sidang media majlis Iftar Safi di Hotel Royal Chulan, Damansara, Petaling Jaya
Bercakap mengenai perancangan keluarga, Hanis memberitahu dia dan Hairul hanya berserah kepada Tuhan rezeki yang datang.
“Kami tidak merancang dan hanya berserah pada rezekid an ketentuan Tuhan sahaja,” katanya lagi. - Murai
0 ulasan:
Catat Ulasan