LICIK, berani dan tidak tahu malu… itu yang boleh kami gambarkan tentang peribadi pelacur kelas atasan yang menggelarkan dirinya sebagai Zara XXX ini.
Tidak peduli orang ternama mahupun berpangkat, Zara terus mengatur agendanya sebagai ‘pelacur paling berani’ mendedahkan identiti lelaki yang mendapatkan khidmat seksnya.
Malah, amaran ugutan terhadap pelanggan VVIP yang berhutang selepas melanggannya yang dimuat naik baru-baru ini ternyata benar-benar belaka.
Jika sebelum ini, Zara hanya sekadar memberi hint tentang pelanggannya yang bergelar ustaz semata-mata. Namun, tidak kali ini.
Apa yang lebih menggemparkan, Zara dengan selamba mendedahkan gambar dan informasi pelanggannya yang berpangkat Dato’ menerusi salah satu nama akaun Facebook, ‘Zara House of Lust II’.
Menerusi statusnya, Zara yang lengkap menyebarkan nama, nombor telefon, nombor plat kereta milik pelanggannya mendakwa Dato’ berkenaan telah menipu untuk mendapatkan khidmat seksnya sebanyak empat kali.
Berang dengan hal itu, Zara bertindak memalukan Dato’ berkenaan di laman Facebook sekali gus memberi peringatan kepada lelaki-lelaki jalang bahawa dia bukan pelacur bodoh yang boleh dipermainkan sesuka hati oleh lelaki jalang.
Tidak henti setakat itu, Zara turut menanyakan pendapat netizen sama ada wajar atau tidak dia memuat naik gambar bogel Dato’ dan rakannya.
Peliknya, pelacur berbadan gebu dan berkulit cerah ini seakan tidak takut akan kesan yang boleh menimpa dirinya kelak terhadap kenyataan berani matinya itu.
Apa pun, bagi kami inilah padahnya jika tunduk pada syaitan dengan mendekati maksiat.
Mungkin, inilah yang dikatakan ‘Ada bangkai adalah hering’ yang bermaksud di mana ada perempuan jahat di situlah ada lelaki jahat.
Moga-moga Allah SWT memberikan hidayah kepada Zara dan pelanggan-pelanggannya. – sumber
0 ulasan:
Catat Ulasan