“Pertama kali kau ku cinta, pertama kali ku diluka, kini aku menjadi tanda, sebuah kubu cinta.” Cuba korang teka ini lirik lagu apa? Kalau korang tak tahu memang korang bukan ‘die hard fans’ Wings.
Siapa sangka perjuangan kumpulan rock lagenda yang cukup popular di zaman kegemilangannya, Wings sudah lebih 30 tahun menghiburkan peminatnya. Sehingga kini lagu-lagu mereka terus diminati.
Namun disebalik kejayaan mereka rupanya tersimpan seribu satu duka yang terpaksa dilalui. Teringat pula filem Rock arahan Mamat Khalid, memang susah rockers masa itu.
Buat baik pon dipandang jahat, kalau buat jahat lagilah
Menurut Awie di awal pembabitan mereka, pelbagai onak duri terpaksa dilalui antaranya pernah dihalau dari rumah sewa dan tinggal di bawah kolong. Paling sedih, makan maggi pun kena kongsi ramai-ramai.
Perjalanan kami dulu tidak selancar sekarang. Kami jadi tumpuan sehinggakan setiap perkara yang dibuat nampak jahat.Buat baik pun dipandang jahat, kalau buat jahat lagilah. Orang tak nampak kehidupan kami yang pernah tinggal di bawah kolong, pernah dihalau dari rumah sewa dan banyak lagi onak duri yang terpaksa ditempuh.Kami berkongsi makan maggi. Pernah makan nasi dengan sambal tanpa ikan. Kalau ada sardin itu sudah cukup bagus.Ketika main muzik di kelab, kami hanya dibayar RM30 dan kena kongsi. Kalau dibukukan memang banyak dan tak terkira tebalnya.
Mandi di stesen minyak, tukar baju dalam kereta
Ibarat kais pagi makan pagi, kasi petang makan petang. Menurut salah seorang anggota kumpulan Wings iaitu Joe, mereka bermain musik hanya untuk mengisi perut hari ini, esoknya fikir kemudian.
Saya main muzik untuk mengisi perut hari ini. Untuk makan esoknya, saya fikir kemudian. Kami main muzik di kelab dan ada ketikanya kami menggantikan tempat orang lain.Ketika itu, kami mandi di stesen minyak dan tukar baju dalam kereta. Bahkan kami pernah terserempak gajah di tengah jalan di Gerik.
Semangat kekeluargaan sangat kuat
Tambah Eddie dan Black pula, semangat kekeluargaan yang kuat dalam kalangan ahli kumpulan Wings ini membuatkan mereka mampu bertahan sehingga hari ini.
Pernah sekali lepas main di kelab kami lapar. Kami ketuk pintu rumah arwah mak saya dan beritahu kami lapar. Tanpa banyak soal, mak masakkan nasi untuk kami makan.Semangat kekeluargaan kami sangat kuat, mengatasi darah daging sendiri. Sebab itu saya sayangkan mereka. Kami faham perangai masing-masing.Keluarga kami tak pernah mengeluh dengan apa yang kami buat. Kami mampu bertahan selama 30 tahun kerana restu keluarga.-sumber
0 ulasan:
Catat Ulasan