Restoran menjual daging manusia diarahkan tutup


SEPULUH orang ditahan bagi membantu siasatan manakala sebuah restoran di Anambra, Nigeria diarahkan tutup serta merta selepas didapati memasak dan menjual daging manusia kepada pelanggan.
Polis yang menyerbu restoran terbabit selepas mendapat maklumat daripada orang awam, dilaporkan menemui dua kepala manusia yang masih berlumuran darah dalam beg plastik di dapur.
150513193051_human_meat_nigeria_512x288_bbc_nocredit
Turut ditemui, senjata berupa bom dan senapang AK-47.
Seorang penduduk setempat memberitahu: “Saya tak terkejut dengan apa yang ditemui di restoran hotel itu.
“Setiap kali keluar untuk ke pasar yang terletak berhampiran, saya perasan ada saja manusia yang berpakaian kotor dan mencurigakan keluar masuk dari hotel itu, membuatkan saya yakin ada sesuatu tak kena di dalam sana.”
Seorang pelanggan yang pernah makan di restoran terbabit pula berkata, dia pernah terperanjat melihat bil yang terpaksa dibayar selepas makan di situ kerana terlalu mahal dan kini tambah terkejut bila mengetahui harga tersebut disebabkan oleh daging manusia yang disajikan kepada pelanggan. –sumber
Share on Google Plus

About Kraiboys

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan