Tiga gadis jelita dari Buenos Aires, Argentina yang muncul di Stadium Sultan Muhammad IV ketika perlawanan antara The Red Warriors (TRW) dengan Pahang, Sabtu lalu sehingga gambar mereka menjadi ‘viral’, kecewa tidak dapat menonton perlawanan akhir Piala FA dan menyokong TRW, Sabtu ini.
Maria Selina, Connie dan Maria Prier masing-masing berusia 23 tahun sudah menempah tiket penerbangan ke Krabi, Thailand, menyebabkan mereka terlepas menyaksikan perlawanan berkenaan di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Tatiayana Grajales, 24, isteri penyerang import Kelantan, Erwin Carillo, berkata, ketiga-tiga gadis itu adalah rakannya.
"Mereka tiba di Kelantan 14 Mei lalu kerana bercuti mengelilingi Asia dan ke Pulau Perhentian baru-baru ini. Sabtu lalu mereka hadir untuk memberi sokongan kepada TRW.
"Mereka kecewa apabila tidak dapat menyaksikan perlawanan akhir, Sabtu ini kerana sudah menempah tiket penerbangan ke Krabi," katanya ketika dihubungi, di sini.
Menurutnya, walaupun percutian rakannya ke Kelantan hanya seketika, namun semuanya berjanji untuk kembali ke negeri ini lagi khusus untuk menonton perlawanan membabitkan TRW.
Sementara itu, ejen Carillo, Marcello Houseman berkata, tiga bersaudara itu mempunyai pertalian kekeluargaan dengan Mario Gomez, bekas pemain import TRW musim 1997-1998.
"Mereka pernah mendengar cerita mengenai Kelantan dan pasukan bola sepaknya, atas sebab itu mahu ke sini untuk melihat sendiri prestasi TRW," katanya.-sumber
0 ulasan:
Catat Ulasan