Mesti Baca! Apa Itu Kecenderungan Se k su al Pedofilia ?

Pemuda Malaysia yang juga penuntut Kolej Imperial London, Nur Fitri Azmeer Nordin, 23, setelah dia dijatuhi hukuman penjara di London.

Seantero masyarakat Malaysia digemparkan dengan laporan bahawa pemuda yang berasal dari Malim Nawar, Perak itu ditangkap pihak berkuasa di sana setelah dia didapati memiliki anggaran 30,000 keping foto dan 1,156 rakaman video pornografi kanak-kanak.
nordin-4
Dia kemudiannya mengaku bersalah atas 17 pertuduhan termasuk memiliki, membuat dan mengedar gambar lucah kanak-kanak pada November lalu.
Menurut sumber dari Pegawai Polis Metropolitan, sebahagian imej yang disimpan Nur Fitri merupakan yang paling keji pernah dilihat!
Di ruang-ruang media Malaysia mahupun luar negara, rata-rata meletakkan terma Pedofilia bagi menggambarkan perilaku cela Nur Fitri.
Namun, pastinya ada antara kita yang asing dengan terma-terma saintifik, lantas tertanya-tanya apa itu Pedofilia?
05-06pedofilia1
Perkataan yang berasal dari bahasa Greek itu memberi spesifikasi kepada individu yang memiliki kecenderungan sek s ual terhadap kanak-kanak terutamanya dalam lingkungan belasan tahun ke bawah.
Secara umum, terma tersebut sering digunakan bagi merujuk kepada individu dewasa yang tertarik terhadap golongan kecil mahupun tindakan yang bersabit dengan tarikan se k sua l terhadap kanak-kanak.
Jangan keliru, terma pedofilia hanya merujuk kepada tarikan se ks ual terhadap golongan kanak-kanak dan tidak merangkumi aktiviti penderaan terhadap golongan tersebut.
Dalam dunia gelap Pedofilia, antara kes terburuk pernah direkodkan adalah melibatkan individu bernama Earl Brian Bradley, 61.
Dr.-Earl-Bradley
Dia yang bertugas sebagai ahli pediatrik, ataupun dalam erti kata lain, bekerja dalam bidang rawatan untuk kanak-kanak, telah melakukan jenayah terhadap golongan tersebut sehingga menyebabkannya terpaksa meringkuk dalam penjara selama 165 tahun!
Ini kerana, Bradley didapati bersalah terhadap 471 tuduhan mencabul, rogol dan mengeksploitasi 103 pesakit kanak-kanak yang terdiri daripada 102 kanak-kanak perempuan dan seorang kanak-kanak lelaki.
Lagi bertambah keji, dia tegar melakukan perbuatan terkutuk itu terhadap bayi berusia seawal tiga bulan.
Oleh kerana perbuatan luar tabii tersebut, dia mendapat gelaran ‘pedofil paling keji di Amerika’.
image
Selain itu, dalam satu lagi kes pedofilia, seorang individu bernama James Alfred Cooper mendapat gelaran ‘pedofil paling keji di Kanada’ setelah melakukan perbuatan terkutuk dengan merogol dan mendera enam kanak-kanak.
Walaupun dia kini telah dibebaskan setelah menjalani hukuman penjara selama 21 tahun, namun pihak berkuasa masih was-was akan tindak tanduknya dan risau andai tragedi sama berulang.
Cooper didapati bersalah pada tahun 1993 atas lima pertuduhan dan dihukum penjara 30 tahun. Walau bagaimanapun ia dikurangkan sembilan tahun.
wade-robson-michael-jackson
Dalam kalangan selebriti Hollywood, bintang pop terkemuka, mendiang Micheal Jackson pernah dituduh melakukan perbuatan tersebut terhadap seorang kanak-kanak lelaki bawah umur.
Pada tahun 2013, Wade Robson yang berusia 30 tahun, menuduh Micheal Jackson mencabulnya ketika dia berusia 7 sehingga 14 tahun.
Di Malaysia pula, kes-kes sebegini jarang diklasifikasikan sebagai Pedofilia dan sering disebut sebagai mencabul kehormatan ataupun rogol.
Namun antara yang menarik perhatian adalah kes seorang warga emas yang dijatuhi hukuman penjara enam bulan setelah bersalah mencabul kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun.
Dia terpaksa menghadapi hukuman penjara selama 20 tahun dan 10 sebatan setelah melakukan tindakan keji tersebut terhadap individu berusia 14 tahun di kediaman mereka di Gombak, Selangor.
Secara ringkasnya, kanak-kanak bukanlah objek mahupun boneka se k s individu dewasa.
Sedarlah, mereka masih kontang pemikiran dan tidak mengerti isu-isu sulit seperti ini, lantas seharusnya individu dewasa tidak mengeksploitasi kenaifan mereka untuk kepentingan nafsu sendiri.
– MYNEWSHUB.CC
Share on Google Plus

About Kraiboys

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan