Kecik ada impian peribadi diBukit Jalil



Pemain sayap The Red Warriors (TRW), Wan Zaharulnizam Wan Zakaria atau lebih mesra dengan panggilan 'Kecik' begitu mengidam untuk menjaringkan gol pada final Piala FA menentang Lions XII di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu ini.
 

Hasrat itu membuak-buak bagi pemain berusia 24 tahun ini kerana ia merupakan penampilan sulungnya dalam perlawanan akhir.  

"Saya berazam untuk menjaringkan gol sekiranya diberi peluang beraksi. Ia merupakan penampilan pertama saya di pentas final dan ini peluang terbaik saya untuk membuktikan keupayaan sebenar serta menghadiahkan kemenangan kepada  penyokong yang sentiasa memberikan sokongan kepada kami," katanya kepada Bernama.

Kecik berkata segala pengalamannya ketika beraksi bersama Harimau Muda A  akan dimanfaat sebaik mungkin. "Apa yang penting saya perlu fokus dan memberikan aksi terbaik pada perlawanan tersebut dan mengetepikan perasaan takut," katanya. 

Namun beliau berkata TRW tidak boleh memandang mudah keupayaan Lions XII kerana pasukan itu memiliki semangat juang yang tinggi. 

"Semangat berpasukan yang dimiliki mereka cukup tinggi terutama dalam disiplin bertahan mahupun menyerang. Kita perlu lebih berwaspada dan tidak leka," katanya. 

Kelantan mara ke final menerusi kemenangan agregat 3-2 ke atas juara bertahan Pahang.-sumber
Share on Google Plus

About Kraiboys

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan