ibu muda sempat Pekena syabu sebelum bersalin


Walaupun sarat mengandung, seorang ibu muda sempat mengambil dadah untuk melepaskan gian ketika menunggu hari bersalin sebelum ditahan dalam satu operasi Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Jumaat lalu.
Wanita berusia 19 tahun itu adalah antara empat wanita termasuk seorang remaja berusia 14 tahun daripada 39 individu yang ditahan dalam operasi bersepadu yang dijalankan di sekitar daerah Ampang bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Relawan Malaysia (RELA).
Dia yang ditahan bersama seorang rakan selepas didapati positif dadah jenis syabu mengaku terlebih sehari daripada tarikh sepatutnya dia melahirkan anak.
Wanita terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Siti mengaku mengambil dadah kerana terpengaruh dengan rakan, selain mahu melepaskan perasaan bimbang ketika melahirkan anak nanti.
Menurutnya, walaupun mengetahui kemungkinan implikasi buruk yang bakal ditanggung khususnya terhadap anak dikandung, dia gagal mengawal diri daripada mengambil bahan larangan itu.-sumber

Share on Google Plus

About Kraiboys

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan