Guru Agama Ditahan mengaku bunuh janda


Seorang janda beranak empat dilapor mati dibunuh teman lelakinya di hadapan Sekolah Rendah Agama Kuala Kubu Baharu pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supt R. Supramaniam berkata mangsa yang dikenali sebagai Nur Salina Nazir, 34, dilapor menjalankan perniagaan dalam talian.
“Mayatnya ditemui dalam kereta miliknya dalam keadaan terlentang di bahagian tempat duduk pemandu serta mempunyai empat kesan tikaman di dada, rusuk kanan dan kiri serta lengan kiri,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurutnya susulan kejadian pukul 9 pagi itu, seorang guru agama di sekolah itu diberkas di rumahnya di Taman Bukit Bujang, Kuala Kubu Baharu dan suspek mengaku telah membunuh mangsa.
“Soal siasat mendapati suspek yang berusia 29 tahun membunuh mangsa kerana mangsa sering mendesaknya untuk berkahwin dengannya,” katanya.
Suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau serta masih bujang.
Pihak polis masih belum menemui pisau yang dipercayai digunakan untuk membunuh mangsa, katanya. – sumber
Share on Google Plus

About Kraiboys

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan