Seorang DJ Radio24syv, Asger Juhl, dikecam oleh pendengar selepas dia memukul seekor anak arnab dengan pam basikal hingga mati ketika rancangannya sedang keudara secara langsung.
Juhl kemudiannya membawa balik arnab tersebut ke rumahnya sebelum melapah kulit dan memasaknya untuk dimakan bersama dengan anak-anaknya.
Tindakan tidak berperikemanusiaan itu dilakukan kononnya untuk mendedahkan mengenai hipokrasi ketika makan daging binatang.
Juhl, 34, membunuh arnab berkenaan selepas berdebat dengan aktivis kebajikan binatang, Linse Kessler.
Kessler cuba mengejar Juhl untuk merampas arnab berkenaan namun telah diminta meninggal studio.
Beliau kemudiannya mengecam tindakan Juhl itu dalam Facebooknya.
Bagaimanapun Juhl memberi alasan setiap minggu Zoo Aalborg membunuh anak arnab untuk diberikan kepada ular.
“Mereka menggunakan besi, saya tidak mempunyai besi jadi saya gunakan pam basikal. Arnab itu saya bawa balik dan masak stu untuk makan malam,” katanya.
Namun tindakan Juhl itu mendapat kecaman ramai hingga ke tahap pendengar memboikot Radio24syv .-sumber
0 ulasan:
Catat Ulasan