Anita Sarawak Hilang..Kakak Risau..

Jauh di mata dekat di hati, demikianlah gambaran silaturahim antara Noorkumalasari dan kakaknya, Anita Sarawak.

Menerusi portal Singapura, The New Paper Selasa lalu, Noorkumalasari memberitahu kali terakhir dia menghubungi Anita ialah Mac lalu.


Namun panggilan itu tidak berjawab dan Anita gagal dihubungi. Kata Noorkumalasari, Anita tidak pernah lupa menghubunginya hampir setiap April untuk mengucapkan Selamat Hari Lahir.

Berbeza kali ini, Noorkumalasari tidak menerima panggilan yang lazim dilakukan kakaknya itu.

"Saya akui terbit rasa bimbang tetapi berharap dan tak putus berdoa semoga dia dalam keadaan sihat serta baik. Mungkin dia sibuk melancong dan menguruskan hal lain.

"Itu hanya 40 peratus andaian dan kesimpulan saya terhadap keadaannya. Selebihnya saya terdetik yang dia tengah sakit dan inilah tempoh yang agak lama kami tidak berhubungan," katanya sambil memberitahu adik beradik mereka yang lain turut berdepan situasi sama.

Hingga saat ini, 'misteri kehilangan' Anita atau nama penuhnya Ithnaini Mohd Taib sejak 2013 masih belum terjawab. Ada yang mengatakan Anita kononnya sudah bercerai dengan suaminya, Mohamad Mahathir Abdullah.

Lantaran itu, Anita dikatakan membawa diri ke Las Vegas, Amerika Syarikat dan bertudung.

"Daripada pengetahuan saya, khabar angin itu tak betul. Atas sebab itulah saya menghubunginya untuk dia perjelaskan perkara sebenar.

"Nak kata dia takut saya bertanyakan hal itu, semuanya dilihat mustahil. Kami adik beradik sangat rapat dan saling menasihati antara satu sama lain," katanya.

Noorkumalasari pada akhir perbualan turut berharap peminat Anita di luar sana mendoakan supaya beliau dalam keadaan baik.

Sumber asal : http://www.bharian.com.my/node/56202?ad4
Share on Google Plus

About Kraiboys

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan