Adoi Gaya macam orang kaya tapi KALAU dah dasar penyangak, memang tak kira tempat dia tetap sanggup melakukan perbuatan kejinya itu!
Contohnya minggu lalu, seorang lelaki ditangkap kerana mencuri kasut para jemaah yang menunaikan solat Jumaat di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Lagi mengejutkan, si pencuri tersebut menggunakan sebuah kereta mewah berjenama Mercedes Benz untuk dijadikan ‘setor’ menyimpan hasil curiannya itu.
Ketika pemeriksaan dibuat di dalam but kereta, terdapat beberapa pasang kasut yang telahpun dirembatnya. Inilah dikatakan sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua..
Ada pihak mengandaikan individu itu merupakan penjual kasut bundle namun ia hanya sekadar telahan.
Walau apapun, kejadian tersebut menjadi bukti bahawa terdapat segelintir manusia yang tegar melakukan perbuatan durjana walaupun di rumah Allah SWT.-sumber
0 ulasan:
Catat Ulasan